Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Dua pelancong asing yang cuba mewawancara keluarga Sakineh Mohammadi Ashtiani telah ditangkap, menurut jurubicara Kehakiman Gholam Hossein Mohseni.

Sakineh Mohammadi Ashtiani telah dijatuhi hukuman mati kerana membunuh dan hukuman ini mendahului hukuman kesalahan zina yang disabitkan dengannya.

Seorang suspek penjenayah Iran yang telah lama lari ke luar negara telah menelefon keluarga Mohammadi dan memaklumkan kepada mereka bahawa dua wartawan asing akan datang mewawancara mereka, kata Mohseni-Ejei kepada wartawan di Tehran pada hari ini (Isnin).

Mohseni-Ejei, Pendakwaraya Am Nasional berkata pada hari wartawan asing menziarahi keluarga mereka, salah seorang ahli keluarga itu merasa curiga lantas melaporkan kepada polis.

Setelah mereka di tahan, bukti menunjukkan bahawa mereka bukanlah wartawan namun datang ke Iran dengan tujuan pelancongan, kata beliau.

Pernyataannya lagi, tahanan politik akan menerima hukuman berat jika mereka disabitkan kesalahan mencetuskan fitnah.

Tujuh suspek telah dikenalpasti setakat ini namun tidak seorang pun daripada mereka yang mengaku telah menulis surat politik atau mengeluarkan kenyataan dari penjara", tambah beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa mahkamah telah membuat keputusan mengenai 64 banduan yang ditangkap sepanjang protes pilihanraya 2009.

Tiga daripada mereka terlepas dari semua pertuduhan dan baki yang lain dijatuhi hukuman penjara enam bulan atau dari lima sehingga sembilan belas tahun kerana mencetuskan fitnah, menurut beliau.